Tuesday 6 March 2018

Sekarang ini hidup aku lebih positif dan tenang berbanding yang lepas-lepas. Aku dah sangat-sangat faham dengan istilah 'Rezeki untuk dikongsi'. Kalau dulu aku sekadar faham tapi tak pun pratikkan... Contoh tuhari aku balik Ipoh.. hahaha... semua orang aku belanja... aku belanja mak ayah aku.. anak buah aku.. even aku sedekahkan makanan aku kat ada sorang peminta sedekah ni.. dia berkeliaran kat kedai makan tu.. mintak makanan.. sedih. Even mak aku sampai bergenang tengok nasib pengemis tu. Yelah.. kita ni hidup bermewah mewah.. makan tak hingat dunia.. beli itu beli ini.. makan pun kadang belum tentu lagi habis. Meanwhile pengemis tu sampai sanggup makan sisa-sisa makanan orang yg tinggal terbiar kat kedai makan tu... pergh memang pilu. Kita memang wajib sangat untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Tak semua orang bernasib baik macam kita..
Lepastu saving aku bulan ni nampaknya macam tak jalan lagi.. weiii aku takde masa nak pegi ASB kot... bila masanya aku nak menyimpan?? Kalau dah duit tu dok ada kat dalam account simpanan tu memang kelaut la jawabnya... Ingat nak g ASB Jumaat ni tapi memang rushing la.. nak pegi Seremban lagi.. Melaka lagi.. kah kah kah. Tak sabar nak menyetan dengan my ex housemates... rindu gila kenangan masa study dulu woiii. Pejam celik pejam celik dah dekat setahun aku habis belajar.. ada beberapa orang kawan aku yang lain dah start continue study go for Master.. aku?? Hmmm taktahu la macammana.. ingat nak follow the flow saja.. bila aku rasa aku betul-betul dah ada di confort zone insyaAllah.. aku akan sambung. Bila pikir pikir balik bulan ni dengan bulan depan pergh memang keterlaluan banyak perlu gunakan duit. Grad aku lagi.. adoi.. permudahkan lah semuanya YaAllah.. jangan lah selewengkan hati aku berbelanja macam esok nak kiamat.. yang paling penting saving aku tu memang tak boleh pakai habis!!! Memang kena tahan segala jenis nafsu.. masalahnya mampu ke aku?? Ni hah baru pagi ni aku tersedar yang aku tercicir duit.. takdelah banyak tapi boleh tahan la untuk beli Starbuck venti secawan.. tapi bila aku kembali ke konsep 'Rezeki untuk dikongsi' aku memang releks. Tak mudah melatah.. or rasa kesal dengan apa yang jadi. But still... I need to be MORE CAREFUL next time.. cumanya benda yang terjadi tu aku tak terlalu pikir.... atau the suitable words is REDHA dengan apa yang jadi.. hidup akan lebih aman dan tenteram. Control the emotions.. dulu aku pernah dengar siapa tah yang cakap.. lupa dah.. Orang yang kaya ni tak semestinya dirujuk pada dia punya DUIT semata-mata.. tapi orang yang kaya ni adalah orang yang bijak handle emosi dan kehidupan. Is it Emotion Intelligent? Entah.. malaslah aku nak gugel.

No comments:

Post a Comment